TRANSFORMASI EKONOMI WANITA

Program yang direka khas untuk usahawan wanita asnaf bagi membantu mereka memajukan perniagaan dan lebih daya saing
TRANSFORMASI EKONOMI WANITA
Program yang direka khas untuk usahawan wanita asnaf bagi membantu mereka memajukan perniagaan dan lebih daya saing
TRANSFORMASI EKONOMI WANITA
Sejajar dengan kempen “Are You Okay” oleh Kelab Wanita Ikon Malaysia (KWIM) untuk membantu memperbaiki keadaan wanita dalam menangani isu kesihatan mental, dari sudut tiang ekonomi, KWIM telah mewujudkan ‘TRANSFORMASI EKONOMI WANITA (TEW)’ sebagai program yang akan bekerjasama dengan Maybank Islamic dalam membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

TEW adalah program untuk membangunkan usahawan wanita, dengan memberi tumpuan kepada golongan B40 dan Asnaf. Modul ini direka khas untuk kumpulan wanita terpilih ini bagi meneroka, menganalisis, dan memahami kebolehan, minat, potensi, dan keupayaan diri mereka untuk berjaya dalam perniagaan yang akan membantu mereka membebaskan diri daripada kemiskinan.

Peserta akan melalui modul transformasi perniagaan secara menyeluruh dalam bengkel fizikal selama 16 hari, yang dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan di mana mereka akan mempelajari 11 modul, tugasan khusus untuk mereka capai peningkatan hasil sebanyak 30% atau lebih. Program ini akan diketuai oleh Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed dengan sokongan Kelab Wanita Ikon Malaysia. Peserta akan disaring dan dipantau sepanjang perjalanan 6 bulan. Program ini dibahagikan kepada 2 bahagian, di mana bahagian 1 akan dijalankan secara fizikal dalam 16 kelas dalam tempoh 4 bulan dan bahagian 2 akan melibatkan kelas pemantauan dalam talian dalam 6 sesi selama 6 bulan lagi.
SERTAI KAMI
Usahawan
Asnaf
(wanita sahaja)
Di Mana?
Siapa?
Tarikh Tutup : 5 Oktober 2024
November 2024
hingga
September 2025
Bila?
ROADMAP PROGRAM
Kelas Fizikal - 4 bulan
Setiap peserta perlu melengkapkan 16 hari kelas fizikal yang akan dijalankan selama 2 hari (hujung minggu), setiap 2 minggu. Mereka perlu menyelesaikan kesemua 12 modul semasa kelas fizikal sebelum meneruskan ke bahagian 2 yang akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian.
Kelas Online - 6 bulan
Seterusnya peserta akan dipantau selama 6 bulan secara 'online'. Peserta perlu menghantar laporan kemajuan secara 'online' dan menghadiri kelas 'online' sekali dalam setiap bulan untuk terus dibantu dan dipantau oleh tenaga pengajar dengan teknologi pemasaran terkini.
SYARAT & KELAYAKAN PESERTA
  • Mempunyai Akaun Maybank
  • Kumpulan Asnaf
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Laptop dan telefon bimbit
  • Mempunyai perniagaan
  • Mempunyai akaun sosial media
  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai produk
  • Boleh memberikan 100% komitmen di dalam program ini
TENAGA PENGAJAR
DATO’ NORMAZIAH SHEIKH MOHAMED
  • President Kelab Wanita Ikon Malaysia
  • Ahli Lembaga Amanah Tekun Nasional
  • Chairman Megaturbine Sdn. Bhd.
  • CEO Educe Alchemy Sdn. Bhd.
  • CEO Bellini Resources (M) Sdn. Bhd.
  • Managing Director Megapadu Sdn. Bhd.
  • Managing Director Klife Global Sdn. Bhd.
  • Co-founder And Shareholder Of Simplysiti Sdn. Bhd.

Dato' Normaziah Sheikh Mohamed, atau Dato' Azie, adalah usahawan wanita terkenal di Malaysia dengan pengalaman luas dalam dua industri berbeza, iaitu Sistem Pemasangan Paip dan kecantikan. Beliau merupakan satu-satunya wanita dalam negara yang terlibat dalam perniagaan paip, melayani industri Air, Marin, dan Minyak & Gas dengan lebih 15 tahun pengalaman. Selain itu, Dato' Azie juga terlibat dalam industri kecantikan dengan lebih 32 tahun pengalaman, termasuk membangunkan jenama Simplysiti bersama Dato’ Seri Khalid Mohd Jiwa dan Dato’ Siti Nurhaliza. Kini, beliau memiliki syarikat dalam kedua-dua industri ini, melayani pasaran tempatan dan Asia Tenggara.
SAADIAH IBRAHIM
  • MD Bigwealthy Global Sdn Bhd
  • President Kelab Wanita Ikon Johor
  • Timbalan President Kelab Wanita Ikon Malaysia
  • Founder of GLAMISS, GLAMISS Centre, MYRATU and ComelCakes
  • Certified Trainer HRD Corp

Saadiah Binti Ibrahim ialah seorang usahawan, pelabur, dan jurulatih HRD Corp yang fokus kepada pemasaran digital, penjenamaan, dan pembangunan manusia. Beliau merupakan Pengarah Urusan Bigwealthy Global Sdn Bhd dan pengasas beberapa jenama seperti GLAMISS, MYRATU, dan Comel Cakes. Sejak 2010, beliau komited dalam pemberdayaan wanita dengan mengadakan kelas kemahiran. Beliau juga terlibat dalam NGO sebagai Pengerusi KWIM Johor dan Naib Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia. Pada 2022, beliau membantu 702 wanita dan penganggur meningkatkan kemahiran pemasaran digital melalui Program Transformasi Wanita Digital (TWD). Matlamat utamanya adalah meningkatkan nilai diri wanita dan membantu mereka menjana pendapatan untuk kehidupan yang lebih baik.
NURUL ‘AIN ABDUL RAHIM
  • Manager Excentrique Enterprise
  • Manager RZ Creatively Designed
  • Certified Trainer HRD Corp

Nurul `Ain Binti Abdul Rahim ialah seorang usahawan IT dan percetakan, jurulatih HRD Corp, dan pembangun web dengan 27 tahun pengalaman. Beliau telah membangunkan lebih daripada 300 laman web e-dagang untuk perniagaan kecil dan sederhana. Kepakarannya dalam penjenamaan membolehkannya memenuhi keperluan unik setiap pemilik perniagaan, sambil menawarkan latihan laman web, pengurusan laman web, pemasaran digital, dan automasi sistem. Matlamatnya adalah membantu usahawan, terutamanya wanita, meningkatkan jualan melalui penyelesaian yang berkesan.
TRANSFORMASI EKONOMI WANITA 1.0
Program TEW telah dijalankan di negeri Selangor & Wilayah Persekutuan pada tahun 2023 hingga 2024
ANJURAN
Dengan Kerjasama
ALIRAN PROSES PENYARINGAN PESERTA
1
Pemilihan Peserta
KWIM akan memilih calon peserta yang mendaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan.
2
Temuduga
KWIM akan mengadakan sesi temuduga untuk calon-calon peserta yang terpilih.
3
Pengesahan
Nama calon-calon peserta yang lulus temuduga akan disemak di Pusat Zakat Negeri untuk pengesahan status asnaf.
4
Penyerahan
Semua maklumat peserta akan diserahkan kepada Maybank Islamic untuk kelulusan.
5
Pemberitahuan kepada Peserta
KWIM akan menghubungi peserta yang berjaya untuk memaklumkan mengenai program TEW (terma & syarat, atur cara, dan lain-lain).
MAKLUMBALAS PESERTA
DAFTAR TEW 2.0
Klik button di bawah untuk menyertai Program Transformasi Ekonomi Wanita 2.0 di Kelantan dan Tawau, Sabah

Tarikh Tutup Pendaftaran : 5 Oktober 2024
All text, photo, and video materials belong to Kelab Wanita Ikon Malaysia.

www.kelabwanitaikon.com
This site was made on Tilda — a website builder that helps to create a website without any code
Create a website